DRIVE SHAFT
Penyebab Gearbox cepat rosak
Drive shaft ni bila kepala luar dah longgar, dia akan nengeluarkan bunyi klik klik klik klik bila kita membelok.
Tp bila kepala dalam yang longgar, dia akan bergegar. Kalau longgar Drive Shaft akan bergegar bila tekan minyak tetapi akan hilang bila kelajuan dah maintain. Kalau kelonggaran banyak, masa bawa kereta perlahan pun Drive Shaft bergegar.
Gegaran yg teruk dan berterusan ini akan membuat komponen didalam gearbox turut bergegar. Kebanyakan komponen didalam gearbox ni tidak ada penyokong dan bergantung pada bush bearing sahaja.
Dan bila bergegar, komponen ni akan menekan bush bearing dan menyebabkan bush ini lama-kelamaan akan haus.
Bila bush bearing ni haus dia akan menghasilkan habuk besi yg banyak dan merebak keseluruh Gearbox dan bila bush bearing tu haus teruk minyak pressure minyak bocor dan mendatangkan kerosakkan pada Gearbox.
Untuk mengelakkan kerosakkan pada Gearbox,anda kena pastikan Drive Shaft dalam keadaan baik,sekiranya Drive Shaft rosak anda kena cepat-cepat hantar Drive Shaft untuk diperbaiki,sekiranya anda membiarkan kerosakkan Drive Shaft ini akan menyebabkan kerosakkan pada bahagian Gearbox kerana Gearbox jenis CVT sangat sensitif kepada gegaran.

Ulasan
Catat Ulasan